Monday 12 December 2011

RESPECT!!!!

Haloo2... Malam ni akan nak citer pasal orang yang xreti hormat privasi org lain... Geram betol ngan orang2 cmni... Ada 2 benda yang buat aku geram sgt ngan diaorang ni... Nak tau x??? Xmau tau pon xpa, aku tetap nak luahkan jgk.... hahaha....

First, aku tau la diaorg da speaker mantop2... Tapi xyah la nak bukak lagu kuat2 sampai ganggu org nak study n nak tidoq... Xpon klu nak bkk kuat2 jgk pakai je la headphone ke earphone ke.... Xdak sapa nak kesah... Lantak kau la nak samapi pekak ke apa ke....

Second, bla sembang mcm nak bg dengar satu blok apa yg nak sembang... Padahal member sebelah bilik jerk... Xpayah la terpekik2, sakit telinga aku dengar wei. ... Bising 24 jam,  xkira masa... Orang lain klu nak bergelak ketawa pon ada gak masa2 tertentu, tu pon teragak2 takot ganggu orang lain... Ni xda, memang xpernah pikir langsung privasi org lain.... Nak tegur dh besaq2 panjang pon...  Klu tegur gerenti masam muka... So, pandai2 la pikiaq sendiri....

Selagi aku bleh sabaq xpa, jangan sampai kesabaran aku hilang sudah.... Klu kesabaran aku hilang, kalah letusan gunung berapi  kot.... hahaha...

Bagi aku menghormati pravasi orang sekeliling sgt penting.... Jangan sesekali buat orang sekeliling kita rasa xtenteram dan tertekan dengan perbuatan kita...  Mmg aku tau aku pon bkn perfect sgt, tp aku masih cuba hormat n jaga privasi org lain....

Tu jela entri aku utk mlm ni.... Blog aku ni la tempat aku meluahkan kegeraman aku ni.... hehehe...

AKU HANYA INSAN YANG LEMAH... KESABARANKU JUGA ADA BATASANNYA.... W/BAGAIMANA PUN, HARAP2 AKU TERUS JADI SEORANG YANG PENYABAR......


 

What??? Why??? Who??? When??? Where???

What??? Apa???
Apa yang aku nak cite??? Xde pa2 pon nak cite... Just nak ckp aku sgt BOSAN DAN TENSION... Xtau nak buat apa... Nak buat keje pon xde mood... 


Why??? Mengapa???
Mengapa aku jadi begini??? Aku sgt tertekan dengan keadaan yang aku hadapi skrang... Berserabut!!!!


Who??? Siapa???
Siapa??? Sapa yang aku perlukan skrang ni adalah My Mom.... Miss u so much!!!! Hanya dia yg betol2 paham aku....


When??? Bila???
Bila??? Bila mood aku xbaik please jgn cari pasal... Takot nnt ada yang mkn hati berulam jantung sendiri.... Bila mood aku baik ckp la apa2 pon aku relaks jerk... hehe...


Where??? Dimana???
Dimana??? Aku perlukan suatu tempat yang tenang... Jauh dari segala kesibukan dan kekacauan... (My Home)...


AKU SEDANG MENGALAMI SINDROM 5W SKARANG NI..... SO, SAPE2 YANG TERKENA AYAT2 HOT DARI AKU.... AKU MINTAK MAAF BNYK2 LA... EMOSI KURANG STABIL BUAT MASA NI.... 


AKU HANYA INSAN YANG LEMAH..... 





Thursday 24 November 2011

HaTiKu MiLiKmU

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu



Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu



Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku



Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu



Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini.....



Lirik Lagu ni memberi makna begitu mendalam bagiku....

Monday 24 October 2011

SLE??? Apa itu???


Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 
Di antara gejala-gejala SLE ialah :
  • Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis.
  • Rasa lesu 50 peratus.
  • Demam yang tidak tentu.
  • Pecah-pecah mulut
  • Masalah kulit
  • Buah pinggang.
  • Sistem saraf
  • Gugur rambut.
  • Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka.
  • Kiraan darah putih yang rendah
  • Kiraan platelet rendah
  • Sawan
  • Gangguan urat saraf.
penyakit
Di antara Kaedah Rawatan Penyakit SLE ialah :
  • Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ pula merujuk kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.  Keaktifan penyakit diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
  • Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.  Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.  Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.  Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.  Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku pada pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.  Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.  Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.  Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.  Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
  • Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.  Oleh itu, seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
  • Merokok boleh meningkatkan risiko SLE.  Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  • Elakkan tekanan kerana ianya boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.  Perlu sentiasa berfikiran positif.
  • Perlindungan kulit seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45.  Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
 Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 26 Jun 2005

Bahaya Jugak ye, Penyakit SLE ni... Harap2 aku dan orang2 tersayang dijauhkanlah daripada penyakit kronik sebegini... Amin...

Friday 14 October 2011

~Penghulu Segala Hari~

    Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat


Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.


masjid02



Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011

Saturday 25 June 2011

Hari Jumaat Yang Menggembirakan....

Assalamualaikum u'll.... Dah lama aku xmenjenguk blog aku ni... Maklumlah sibuk mencari rezeki... hehe...


Hari ni aku rasa syok sgt p keje... Nama company aku kerja, Shamisha Holiday... Ni aku nak cerciter la apa yg menggembirakan aku hari ni...  Hari ni aku naik motor berasingan dgn housemate aku sbb lps keja dia trus nak blk umah dia... Aku pg sabtu bru nak blk sbb bnyk baju x basuh... busy la katakan... Aku msk kerja pukul 8.30 pagi... Lepas sampai ofis mcm biasa la, kami akan sarapan dulu... Pagi td kami sarapan nasik lemak ayam msk hitam, sedap la jgk... Mkn pon laju2 je sbb dh dkt kul 9 pg tkt bos bising plak... Then, mcm biasa la, aku meneruskan kerja rutin aku iaitu key in akaun... Semakin lama semakin mencabar tugas yg aku dpt... Mmg kena berhati2 la key tkt2 tersilap, naya aku... Sedar x sedar jam dh dkt 12.30 pm... So, kwn2 kt pjbt pon tanya la bos atau nama glamor yg kami panggil kak sya, bila nk g tgk anak kak ida (staf yg bru bersalin)... Sebenarnya kmi rancang nk pergi ari rabu lg, tp baby kena tahan wad plak sbb kuning... So, kami tunggu la ari jumaat... Mula2 kami pakat bincang la nk g naik apa... Ada yg kata naik bas, ada yg kata naik van n ada yg kata naik kereta... Then, kata sepakat dicapai, kami g dgn sebuah kereta n sebuah van... Bos pon offer diri nak bwk van... Bos pon excited nk tgk baby...  Kami semua orait je la... haha...


Pukul 12.30 pm kami pon bersiap sedia nak kuar... Cepat2 kami tutup ofis, tkt ada org dtg sbb rehat sebenarnya pukul 1... Aku dgn kawan2  yg naik van pon tercanguk la kejap dpn ofis sementara tggu bos ambik... Lbh kurang 10 minit, bos pon smpi...  Teruja betol tgk bos @ kak sya bwk van persiaran baru, plastik pon xbuang lagi... Cayalah..Best jgk dpt naik van ramai2 mcm tu... bleh tahan la bos drive van, bdn kecik je tp bwk van steady je.. Mmg kecoh la masa dlm van tu... Semua yg naik van termsk bos 10 org, 5 org lagi naik kereta... Yang xtahannya, semua org tgk pelik je kami naik van tu maybe sbb semua perempuan kot, van bru plak tu... 


Sampai kt karangan kami singgah mkn nasik ayam... kali ni bos belanja, aku apa lagi tersenyum lebar n berbunga2 la hati ni... Jimat bajet aku arini... Bkn selalu nk mkn org belanja... Lepas mkn kami trus ke rumah kak ida... Dalam 10 minit kemudian kami pon smpi... Masuk je rumah dia, kami trus g tgk baby dia... Comel!!! Ramai yg ambik pegang, tp aku xbrani pegang sbb baby tu kecik lg... hahaha... Pastu mak kak ida hidang durian n manggis ape lagi... Mmg melanatak abis la kami... Smpi abis semua la buah yg dihidangkan... dahsyat kan???Lepas tu, mak dia g kait rambutan plak, tp dh xbis la  kali sbb msg2 dh kekenyangan... Lepas sembang2, kami pon mntk la diri nk blk ofis sbb dh dkt pkul 3 ptg dh.. Makcik tu pon bg wak blk rambutan yg lbh tu n 2 bijik durian tuk 2 org kwn kami yg xdpt g... Kesian plak katanya... Kami pon berangkat pulang ke ofis utk meneruskan keja2 yg masih berlambak2 lg tu.. Sampai2 ofis, semua pakat kata xlarat n panas coze melantak bnyk sgt buah durian tu... Tapi nak xnak kena buat jgk  la... 


Masa hari ni rasa cepat sgt, tgk2 jam dh dkt kul 6 ptg... Aku pon apa lagi cepat2 siapkan kerja aku n berkemas utk blk... Lepas loceng jam punch card bunyi aku pon trus g punch card n then, start motor blk umah sewa... Esk pagi bru blk umah kt mahang.... 


Penat tapi happy!!!! Asyik mkn je hari ni...  Hope hari2 seterusnya pon mcm hari  ni jgk... Ni ja yg aku nak cerciter tuk mlm ni... Selamat membaca!!! 


Assalamualaikum....








Saturday 21 May 2011

Last Day For Sem 4 at UUM

Assalamualaikum readers.... 

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat UUM utk sem 4 ni...Gembira tidak terkata bila dah abis exam ni... MERDEKA3!!! tp utk sem ni jela... hehe...

Yang paling best xsabar  aku nak tggu my family dtg ambik... Kali ni aku xpayah usung beg berat2 turun naik bas... Penat oooo usung beg turun  naik bas... Sampai2 umah mesti terlentang atas katil dulu r... haha... Tp barang aku mmg bnyk giler kali ni... Kalau xmuat keta t jenoh la aku... T xpasal2 kena membebel ngan mak aku... huhuhu... 

Rasa sayu plak hati ni nak berpisah ngan member2 baik aku kt sini... Tp xpe, orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan... Perpisahan ni sementara ja kot, InsyaAllah. Hope kita berjumpa lagi sem dpn...Tp apa2 pon aku mmg enjoy bla bersama2 ngan best friends aku kt sini... Korang mmg terbaekk r... Love u all...Dkt 4 bulan tu agak lama jgk la klu nak ikutkan... Klu rindu2 tu contact la aku ye...haha... Nak buat apa xtau la masa cuti panjang ni... Hope ade la keja berfaedah yg aku bleh buat... Klu xda keja nmpk gayanya jd suri rumah tangga la sepenuh masa... Mesti boring giler... Xda2, aku mesti keja... Nak kumpul wet utk masa depan... wakakaka...

Selama 4 sem aku kt sini mcm2 kenangan manis n pahit yang dah aku lalui... Kenangan manis akan aku kunci rapat2 dlm kotak ingatan aku sampai bila2 n kenangan pahit akan aku jdkan pengajaran supaya banana not fruit two times... Aku jgk berharap result exam aku utk sem ni lbh baik dri sebelom2 ni la... Aku dh cuba buat yang terbaik, sekarang aku hny mampu berdoa n tawakal je la...  Tapi apa yang penting semua tugasan aku utk sem ni dah bereh....

Kepada kwn2 aku yg masih blom abis exam tu, truskan perjuangan anda yup.... Chayok2!!! Study Smart ok??? DO the BEST!!! Hati2 dlm perjalanan blk kmpg nnt yea...

Akhir kata, selamat bercuti dan aku nak ucap jugak selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak serta Selamat Hari Raya Aidil Fitri w/pon beberapa bulan lg akan tiba kpd semua kwn2 tersayang... hehe..

Sekian... Wassalam.....  (^_^)













Friday 20 May 2011

~~~TANPAMU -SABHI SADDHI &HELENA~~~


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Thursday 19 May 2011

Cinta.... Apa itu cinta???

Orang kata cinta itu setia,                                           
cinta buat kita rasa gembira,
cinta buat kita rasa begitu berharga.
Namun cinta juga buat kita terluka, 
cinta buat kita terseksa, 
cinta buat kita derita, 
dan cinta buat kita berduka....

Cinta yang terbit dari mulut 
kadangkala hanyalah sandiwara.
Cinta yang tulus dan ihkhlas adalah
cinta yang terbit dari hati mulia dan rela,
Kerna ucapan cinta di mulut manis bak gula2,
Namun dalam hati cinta itu bak racun yang sgt berbisa....
Itulah yang dinamakan cinta antara manusia...

Jangan pernah melafazkan cinta
kalau diri rasa tak rela,
kalau hanya berpura-pura, 
kalau diri rasa terseksa, 
kalau hanya sekadar kata nista, 
Kerna kesannya begitu parah,
membuat sekeping hati terluka berdarah,
Semuanya angkara cinta palsu manusia....

Kerna cinta yang sejati dan abadi
adalah cinta kepada Ilahi...
Dengan cinta kepada-Nya 
kita akan dapat merasai kemanisan cinta, 
kita akan merasai kehebatan cinta, 
Dan akan merasai kebahagiaan yang tiada taranya... 


Ya Allah, 
sekiranya aku ditakdirkan jatuh cinta, 
temukanlah aku dengan jejaka yang mencintaiku kerana-Mu,
Kerna cinta yang ikhlas hanya kerana-Mu 
adalah cinta yang paling bermakna 
dan akan membawa ke jalan bahagia hingga ke syurga... 






Hasil Nukilan : Nor Azila Zainol
Aku insan yang lemah dalam bab percintaan.... 

Hak cipta terpelihara...
Tiada sebarang unsur ciplak dari mana2 karya pujangga ye.... 
 








 


















Tuesday 17 May 2011

TABAH_ MAZLELA

Pertemuan ini Pertemuan Terakhir
Dari Dua Insan Yang Sedang Berkasih
Kerna Esok Hari Kita Tidak Lagi
Digelarkan Pasangan Bercinta
Sudah ku Menduga Kau Akan Berubah
Cuma Tunggu Masa Untuk Kau Meluah
Tapi Hari ini Terbukti Semuanya
Kau Pinta ku Melupakan Dirimu
Tak Apalah
ku Tak Kisah
Memang itu Keputusanmu
Memang itu Nasib Aku
Sering Terluka dan Jiwa Tersiksa
Korus
Biar Hitam Sejarah Hidupku
Namun aku Tetap Tabahkan Hati
Kesal Memang Kesal Hatiku Tercalar
Siapalah Yang Inginkan Perpisahan
Andai Suatu Hari Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
dan Kita Tidak Pernah Sengketa
Oh
Moga Engkau
Berbahagia
Di Sampingnya Yang Engkau Puja
Cuma Satu Yang aku Pinta
Undanglah aku Di Hari Bahagiamu

ADAKAH AKU AKAN MENGALAMINYA??? OOHH TIDAAAKKKK!!!!!!

PETUA UNTUK ELAK KEGUGURAN RAMBUT!!!



Rambut Gugur – Petua Nak Elak



Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambarbuahtembikaimerah


petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:
1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu. 


                                                   

                                SELAMAT MENCUBA!!!



                               


Xsangka Boleh Dapat No. 1

Ni lah esei yang aku menang dlm pertandingan esei yang dianjurkan oleh Cetma UUM taun lepas.... Esei pendek je... hehehe...

 
CIRI-CIRI PENSYARAH YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang baik merupakan satu aspek yang penting yang perlu diketahui dan dipraktikkan oleh pensyarah-pensyarah. Oleh itu, setiap pensyarah perlu mempunyai ciri-ciri sebagai pengajar atau pembimbing yang cemerlang dalam proses (P&P).Ciri-ciri pensyarah yang berkesan dalam proses (P&P) antaranya adalah mampu menarik minat dan memberi penjelasan yang jelas, memberi penilaian dan maklum balas yang sesuai, serta memberi kebebasan dan penglibatan aktif kepada pelajar. 

Ciri yang pertama perlu ada untuk menjadi pensyarah yang berkesan ialah mampu menarik minat dan memberi penjelasan yang jelas kepada para pelajar. Setiap pensyarah perlu memberi penjelasan yang jelas tentang subjek atau topik yang akan diajar dan dipelajari. Hal ini penting untuk menarik minat para pelajar terhadap apa yang akan mereka pelajari. Minat atau prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar terhadap subjek tertentu membuktikan bahawa pensyarah tersebut telah berjaya melaksanakan (P&P) dengan berkesan. Oleh yang demikian, ciri ini perlu dipraktikkan oleh semua pensyarah supaya matlamat (P&P) yang diharapkan akan tercapai.

Selain itu, seorang pensyarah yang berkesan juga perlu mampu memberi penilaian dan maklum balas yang bersesuaian terhadap pelajar. Pensyarah mesti membuat penilaian dan maklum balas yang sewajarnya terhadap tugasan yang diberikan berdasarkan komitmen dan persembahan oleh ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan. Oleh itu, sebagai seorang pensyarah, penilaian dan maklum balas adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan dalam proses (P&P) kerana ia akan mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar. 

Ciri terakhir adalah memberi kebebasan dan penglibatan aktif kepada pelajar semasa proses (P&P). Kebebasan yang diberikan bukanlah bermaksud pelajar bebas membuat apa sahaja semasa kuliah dijalankan tetapi kebebasan dari segi kebebasan bersuara atau cara tugasan dilaksanakan. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif semasa (P&P) juga merupakan satu langkah yang wajar kerana pensyarah dapat meninjau tahap pemahaman pelajar terhadap subjek atau topik berkenaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak ciri-ciri positif yang wajar diamalkan oleh pensyarah-pensyarah dalam (P&P). Namun, ketiga-tiga ciri di atas merupakan ciri-ciri yang paling utama bagi seseorang pensyarah untuk mencapai matlamat mereka menjadi pensyarah yang berkesan dalam (P&P). Keberkesanan pangajaran seseorang pensyarah akan mempengaruhi dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran seseorang pelajar.


Thursday 12 May 2011

MASIHKAH ADA KESEMPATAN BUATKU???

Assalamualiakum readers... Aku cuma nak kongsi dilema dlm diriku skrang ni... Blog aku ni lah tempat aku meluahkan perasaanku yg gundah gulana ni....Masihkah sempat aku.......


Menelaah buku n m'hafal nota2 utk paper final exam yang berturut2 ni dr 14,15, n 16 hb ni??? Aku sgt2 risau tkt xsempat membaca semuanya... Ketiga2 paper ni plak semuanya perlukan pembacaan xde pengiraan langsung.... Perghhh.... Mmg berasap la kepala otak aku nanti jwb exam... Skrang ni bru abis baca 1 subjek lg 2 xabis lagi... Pening2... xtau nak baca yang mana satu ni.... Masa plak dh agak kesuntukan.... Aku harap sgt bleh hbskan dlm masa yg sgt suntuk nih... Time is very gold 4 me now..... huhuhu...


Main problemnya adalah bila bkk ja nota dh mula menguap... klu online xde plak nk menguap... Geram betul aku... Camna yer nak buat bg x ngantuk bila nk study???Klu online smpi 2 3 pg pon mata ttp segar tapiiii klu study max 2 jam je bleh tahan.... Dugaan betol la... 


Walau mcm mana pon aku ttp kne struggle utk ketiga2 paper ni... Aku mesti buat sebaik mungkin... Aku mesti lawan rasa mls dan mengantuk ni... Aku xkan mengalah sebelum berjuang... Semangat3!!!! Motivasi kendiri...hehe...


Aku amat berharap kesempatan masih ada untuk aku......... 

Tuesday 10 May 2011

HARI-HARI KU...

Assalamualaikum semua.... hari ni aku nak citer pasal aktiviti aku arini jer... haha... 

Lepas bangun tido td trus angkat baldi g basuh baju... Dh settle semua baju bru ak mandi... Then, dlm kul 1.30 ak g bli mkn sbb dah xthn lapo sgt... Aku mkn nasik ayam je arini... Bajet 3.00 utk nasik then seringgit utk air... Lepas mkn aku bersiap2 utk g bilik kwan aku kt DPP MAS... Aku g bkn saje2 je tau... aku g sbb nak ambik nota OSH 2 utk exam 16 hb ni and dptkan tips drpd member2 kt sana.. Usaha tangga kejayaan org tua2 ckp... hehe... Lepas borak2 ngan cik nana, wawa zarad, suhaila salam and nida ak pon ingat nak blk blik trus la... Tapi tiba2 lak rasa nk singgah blk cik suziela n ummi ikhlas shbt2 karib aku kt uum ni sejak sem 1 lg.. Pastu ak pon ketuk la pintu blk diaorang... mula2 ingat diorang tido ke ak ingat nak blah dh la, tp cik ummi bkk pintu... Aku pon msk la tanpa segan silunya... 

Then, ak pon sembang2 la ngan 2 org tu... Pastu cik Ummi pon ajak ak jln skali diorang sbb diaorg pon nak jln g Mall sbb nak kuar Changloon bli tiket blk kmpg... Ak pon ok jela klu dia ckp cmtu... Pastu kuar la citer pasal si trex ni nak ikut diaorg kuar... Mmg lawak la si trex ni... Ayat dia mmg xleh blah... Mengikut citer ummi ngan su, si trex ckp sbb mira xjd kuar so, aku kne kuar la..... Mcm org penting je kan??? hahaha... Trex2!!! Klu ko nak ikut pon ckp je la ko nak ikut xyah la ckp cm gitu... Mmg ko buat org terpinga2 ja... Ape2 je la si trex ni... Dia ni mmg suke buat org gelakkan dia..  Mmg ak tergelak ar dgr citer diorg pasal trex tu... TREX2!!! Kihkihkihkih....

Dlm kul 5 lbh krg ak, ummi, cda and trex pn gerak la ke mall... Smpi kt  treadwinds km singgah jap sbb cda nk jmpk member dia... Yang lawaknya ak tertanya kwn ko tu laki ke perempuan?? sbb xbrapa pasti or cam muka dia tgk dr jauh... Mmg sengal la ak g tnya soalan mcm gitu.. Klu dia dgr mesti malu giler ak... hahaha...

Pastu kami pon trus la ke mall... Sampai kt situ kami pon berpecah... Cda n trex sggh gerai wafer dll n ummi lak g ATM ak lak trus la jln blk EON... Rumet aku pon kuar ngan diaorg g bli tiket... Smpi je kat blk ak trus angkat kain baju di jemuran, sek baik x hujan klu x, abis la baju yang ak basuh td tu... huhu... Pastu, ak on fb jap nk tgk kot2 la ade citer gempak ke... Tapi xde pon sume biasa2 jerk... 
Tgh2 on fb ak teringat trex punya cadangan utk buat jamuan Hari Raya utk ahli2 GMAP... So, ak pon post la kt GMAP punya wall group ktorg punya cadangan tu... Alhamdulillah, ak punya post mendapat respond yg agak memberangsangkan... Gumbira2... Ex-Officio GMAP ckp mereka akan pertimbangkan klu ramai yg setuju utk kumpul duit utk buat jamuan tu.. Diaorg ckp tu mmg satu cdgn yg bagus... Bestnya bila org bagi respond yang baik dgn cdgn aku tu...Klu  betol2 jadi event tu lg la gumbira aku... kikikiki.... 

Tu jela yang ak nak citer... Saje2 nak isi waktu boring dok sorang2 dlm blk aku ni.... hahaha...  




 

Batuk oh Batuk.....

Kong.... Kong.... Kong....

Dah hampir seminggu aku dihantui oleh batuk kering.. Sejak blk dari cuti study week smpi hari xlega2 lagi batuk ak ni... Maybe ni lah dikatakan dugaan nak exam... Maybe jugak dsbbkan cuaca yang xmenentu skang ni...Mmg seksa bila dihantui batuk ni... Yang paling xtahan bila nak tido mlm... Sampai dkt nak subuh bru boleh tido lena sbb diganggu dek batuk kong, kong, kong ni.. Klu x dilepaskan lagi teruk rasanya... sakit dada ni xtau nak la kata bila batuk xhenti2... Time dia plg kritikal waktu nak tidoq mlm n waktu pagi la... Waktu2 lain dia ok la ckit...Dalam dewan exam plak terpaksa r kwl ckit takut ganggu org lain nak exam... huhuhu...


Xtau la sampai bila batuk kering ak ni nak lega... Pantang ke x pantang ke tetap sama je kesannya... Lebih baik ak xpantang... Ubat??? Memang ak xsuke mkn ubat batuk n ubat air yg seangkatan dengannya... Ak lbh rela mkn ubat biji dprd ubat air... Skrang ni bam gamat lah yg menjadi penawar batuk ak ni... hehehe... 


Harap2 batuk ak ni cepat la reda dalam waktu terdekat ni... Kesian kat org sekeliling ak yg terganggu dek bunyi batuk aku ni, terutamanya sekali rumet ak la... Sory la klu ak ganggu ko punya waktu tido n study yer??? Bukan ku pinta semua ini...huhuhu... Ini semua ujian Tuhan buat ku... Moral of the story adalah ak harus terimanya dengan redha dan penuh kesabaran... Sakit jugak Allah berikan kepada kita supaya kita sentiasa mengingati-Nya.... (^_^)









 

X KETAHUAN HALA.... HAHAHA.....

Hai Readers!!!! Lama ak tak jenguk blog ak ni sbb xtau nak tulis apa kt sini... hehehe....

Mlm tiba2 ja rasa nk bkk... Balik ja dari exam bisnes report writing td terus ak bkk fb tp xde apa2 benda yang menarik pon... Semuanya membosankan... So, ak pon offline la blk then, bkk blog ak ni... Sebenarnya xde apa2 pon nk cerita kt sini... Just saja2 nk mengisi waktu terluang ak dgn membaca blog2 yg ak follow... Nak study pon rasa mcm xde feel ja mlm ni... Maklum la dh 3 hari berturut2 ak mengadap exam paper... So, mlm ni ingat nak restkan minda ak jap... hehe... esk bru nak start study blk utk next paper... x sabag dah ni nak abis exam... dah xlarat ak nak mengadap nota2 n buku yang agak2 tebal 10 inci tu konon2nya... 20 may malam bru ak merdeka drpd cengkaman exam... huhuhu....


Cuti sem kali ni agak panjang dkt 4 bln la lbh kurang... Apa ak nak buat pon xtau masa cuti nanti... Klu dok rumah saja mesti boring giler r... So, ak ingat nk cari kerja part time la... di samping elakkan rasa bosan ak bleh cari duit lebih utk tampung life ak kt u next sem nanti... xdala ak kna jimat abis mcm sem ni sbb harapkan duit ptptn semata2...hehe... Tp xtau nak cari kt mana... Ada sape2 yg nak guna pekerja part time t bleh la rojer2 ak yer... hahaha... Klu bleh ak nak keja lepas kenduri kak aku la... Klu sebelum kenduri tu mesti sibuk ckit nak buat persiapan... Kak ak yg nak kawin ak lak yg sibuk nak buat persiapan... Ape kes?? hahaha...Ahh, xkesah la sapa kawin pon yg penting ak mmg xsabag nk tggu hari kenduri nanti... Time2 cmni la dpt jumpa semua adik-beradik n member2 yang dh lama ak x jumpak... mesti best punya r klu dpt jmpk semua adik-beradik n member2 yang sgt dirindui... hehehe......

























Friday 22 April 2011

~~~7 PETUA PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN~~~


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua readers... Pada kesempatan ni saya nak kongsi beberapa tips yang  saya baca dari satu akhbar tentang macam mana nak jadi pelajar cemerlang... Marilah sama2 kita renungkan beberapa tips atau petua kejayaan yang Allah S.W.T. titipkan dalam al-Quran pada permulaan surah al-Mukminun...

{1} Yakin, keimanan kepada Allah
        "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." (23:1)
         Iman dan kejayaan disebut Allah dalam ayat sama. Iman adalah faktor
         utama kejayaan, manakala keyakinan yang tinggi melahirkan sikap
         positif. 

{2}  Fokus, sepenuh Hati
       "Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya."( 23:2)
        Lakukanlah sesuatu perkara dalam satu-satu masa. Elak fikiran
        melayang tidak tentu hala. Lakukan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 

{3}  Utamakan apa yang lebih utama
       "Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan
        perkataan yang tidak 
berguna)."(23:3)
        Kebiasaanya, dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh
        tekanan,pelajar cemerlang berehat dan menenangkan minda dengan
        hiburan, menonton drama, bersembang di facebook dan seumpama-
        nya hingga selalu saja melebihi masa rehat yang diperuntukkan. 

     
        Sebaik-baiknya, optimumkan penggunaan masa belajar dan mengisi
        masa rehat dengan perkara-perkara berfaedah seperti membasuh, atau
        meggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah dalam
        badan dan pelbagai lagi yang anda sendiri sedia maklum.
         
        Selain itu,  sebaik-baiknyagunakan masa rehat itu untuk berwuduk,
        melakukan solat sunat, dan membaca al-Quran. 

        InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah ia banyak membantu
        kita dalam mengulang kaji pelajaran. 

{4}  Prihatin sesama kita
       "Dan orang-orang yang menunaikan zakat".(23:4)
        Walaupun berada pada saat genting, janganlah bersikap terlalu
        mementingkan diri dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah
        sekeliling kita.

        Kongsi apa yang termampu sama ada ilmu, kertas soalan tahun lalu
        dan lain-lain lagi.

{5}  Jaga hubungan lelaki dan perempuan
     " Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-
       isteri mereka, atau 
 hamba mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba)
       dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang 
mencari dibalik itu, mereka
       itulah orang-orang yang melampaui batas." (23:5,6,7)
       Janganlah kita gunakan alasan belajar untuk melanggar batas pergaulan
       lelaki dan perempuan. 

       Misalnya, belajar berdua-duaan dan kemudian pulang ke rumah berpimpin
       tangan atau 'bergayut' dengan teman lelaki ataupun perempuan. 

       Walhal Allah sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong
       jika kita mencari dan meminta kepada-Nya. 

{6}  Jujur, amanah
       " Dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya." (23:8)
         Bukankah kita sudah berjanji dengan penaja dan ibu bapa untuk belajar
         bersungguh-sungguh.???

         Lebih penting, kita juga berjanji dengan Allah untuk memanfaatkan
         peluang kehidupan sebagaiseorang pelajar untuk mencari ilmu,
         pengalaman, dan pahala buat bekalan di akhirat. 

         Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta
         kita berhenti menulis keranamasa sudah tamat, jangan kita terus
         menulis. 

   
         Sebaliknya, sebutlah, "Bismillahi  tawakkaltu 'ala Allahi wala haula
         quwwata illa billahil 'azim".

{7}  Tepati waktu
       " Dan orang-orang yang memelihara solatnya." (23:9)
         Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan pelajar muslim
         ialah sentiasa belajar denganberdisiplin, menepati masa, tidak
         berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti.

         Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat
         masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan dalam
         peperiksaan seawal mungkin, termasuk memelihara solat lima waktu,
         dan jauhi sifat putus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan. 

         Namun, janganlah hanya mengaplikasikan konsep ini untuk akademik
         semata-mata. 

         Ayat itu menekankan supaya kita menjaga hubungan dengan Allah
         kerana kita akan kembali kepada-Nya dengan amal kita dan bukan
         dengan berapa gulung ijazah yang hanya alat untuk kita mencapai
         keredhaan Allah. 
   
           TERASA BETAPA KERDILNYA DIRI AKU DI SISI ALLAH S.W.T. 
SEMOGA SEGALA ILMU DAN USAHA AKU AKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ALLAH S.W.T 

          PETUA-PETUA INI SANGATLAH BERGUNA BUAT KITA YANG BAKAL MENGHADAPI 
          PEPERIKSAAN DAN JUGA YANG SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN.