Monday 24 October 2011

SLE??? Apa itu???


Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 
Di antara gejala-gejala SLE ialah :
  • Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis.
  • Rasa lesu 50 peratus.
  • Demam yang tidak tentu.
  • Pecah-pecah mulut
  • Masalah kulit
  • Buah pinggang.
  • Sistem saraf
  • Gugur rambut.
  • Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka.
  • Kiraan darah putih yang rendah
  • Kiraan platelet rendah
  • Sawan
  • Gangguan urat saraf.
penyakit
Di antara Kaedah Rawatan Penyakit SLE ialah :
  • Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ pula merujuk kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.  Keaktifan penyakit diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
  • Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.  Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.  Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.  Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.  Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku pada pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.  Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.  Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.  Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.  Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
  • Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.  Oleh itu, seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
  • Merokok boleh meningkatkan risiko SLE.  Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  • Elakkan tekanan kerana ianya boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.  Perlu sentiasa berfikiran positif.
  • Perlindungan kulit seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45.  Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
 Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 26 Jun 2005

Bahaya Jugak ye, Penyakit SLE ni... Harap2 aku dan orang2 tersayang dijauhkanlah daripada penyakit kronik sebegini... Amin...

No comments:

Post a Comment