Friday 22 April 2011

~~~7 PETUA PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN~~~


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua readers... Pada kesempatan ni saya nak kongsi beberapa tips yang  saya baca dari satu akhbar tentang macam mana nak jadi pelajar cemerlang... Marilah sama2 kita renungkan beberapa tips atau petua kejayaan yang Allah S.W.T. titipkan dalam al-Quran pada permulaan surah al-Mukminun...

{1} Yakin, keimanan kepada Allah
        "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." (23:1)
         Iman dan kejayaan disebut Allah dalam ayat sama. Iman adalah faktor
         utama kejayaan, manakala keyakinan yang tinggi melahirkan sikap
         positif. 

{2}  Fokus, sepenuh Hati
       "Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya."( 23:2)
        Lakukanlah sesuatu perkara dalam satu-satu masa. Elak fikiran
        melayang tidak tentu hala. Lakukan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 

{3}  Utamakan apa yang lebih utama
       "Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan
        perkataan yang tidak 
berguna)."(23:3)
        Kebiasaanya, dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh
        tekanan,pelajar cemerlang berehat dan menenangkan minda dengan
        hiburan, menonton drama, bersembang di facebook dan seumpama-
        nya hingga selalu saja melebihi masa rehat yang diperuntukkan. 

     
        Sebaik-baiknya, optimumkan penggunaan masa belajar dan mengisi
        masa rehat dengan perkara-perkara berfaedah seperti membasuh, atau
        meggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah dalam
        badan dan pelbagai lagi yang anda sendiri sedia maklum.
         
        Selain itu,  sebaik-baiknyagunakan masa rehat itu untuk berwuduk,
        melakukan solat sunat, dan membaca al-Quran. 

        InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah ia banyak membantu
        kita dalam mengulang kaji pelajaran. 

{4}  Prihatin sesama kita
       "Dan orang-orang yang menunaikan zakat".(23:4)
        Walaupun berada pada saat genting, janganlah bersikap terlalu
        mementingkan diri dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah
        sekeliling kita.

        Kongsi apa yang termampu sama ada ilmu, kertas soalan tahun lalu
        dan lain-lain lagi.

{5}  Jaga hubungan lelaki dan perempuan
     " Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-
       isteri mereka, atau 
 hamba mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba)
       dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang 
mencari dibalik itu, mereka
       itulah orang-orang yang melampaui batas." (23:5,6,7)
       Janganlah kita gunakan alasan belajar untuk melanggar batas pergaulan
       lelaki dan perempuan. 

       Misalnya, belajar berdua-duaan dan kemudian pulang ke rumah berpimpin
       tangan atau 'bergayut' dengan teman lelaki ataupun perempuan. 

       Walhal Allah sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong
       jika kita mencari dan meminta kepada-Nya. 

{6}  Jujur, amanah
       " Dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya." (23:8)
         Bukankah kita sudah berjanji dengan penaja dan ibu bapa untuk belajar
         bersungguh-sungguh.???

         Lebih penting, kita juga berjanji dengan Allah untuk memanfaatkan
         peluang kehidupan sebagaiseorang pelajar untuk mencari ilmu,
         pengalaman, dan pahala buat bekalan di akhirat. 

         Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta
         kita berhenti menulis keranamasa sudah tamat, jangan kita terus
         menulis. 

   
         Sebaliknya, sebutlah, "Bismillahi  tawakkaltu 'ala Allahi wala haula
         quwwata illa billahil 'azim".

{7}  Tepati waktu
       " Dan orang-orang yang memelihara solatnya." (23:9)
         Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan pelajar muslim
         ialah sentiasa belajar denganberdisiplin, menepati masa, tidak
         berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti.

         Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat
         masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan dalam
         peperiksaan seawal mungkin, termasuk memelihara solat lima waktu,
         dan jauhi sifat putus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan. 

         Namun, janganlah hanya mengaplikasikan konsep ini untuk akademik
         semata-mata. 

         Ayat itu menekankan supaya kita menjaga hubungan dengan Allah
         kerana kita akan kembali kepada-Nya dengan amal kita dan bukan
         dengan berapa gulung ijazah yang hanya alat untuk kita mencapai
         keredhaan Allah. 
   
           TERASA BETAPA KERDILNYA DIRI AKU DI SISI ALLAH S.W.T. 
SEMOGA SEGALA ILMU DAN USAHA AKU AKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ALLAH S.W.T 

          PETUA-PETUA INI SANGATLAH BERGUNA BUAT KITA YANG BAKAL MENGHADAPI 
          PEPERIKSAAN DAN JUGA YANG SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

    

Saturday 16 April 2011

Suri Teladan ~SENYUM~

Terdapat satu cerita yang diriwayatkan daripada salah seorang sahabat besar Syeikh Abu Said al-Khudri r.a. beliau berkata: "Suatu masa ketika berada di Kota Makkah, aku melalui pintu Bani Syaibah dan aku melihat ada seorang pemuda yang manis wajahnya, tetapi terbaring di atas tanah. Aku pegang badannnya dan aku dapati dia sudah meninggal dunia., tetapi dia senyum. Aku hairan bagaimana orang sudah mati boleh tersenyum."


Kemudian terdengar dia memanggil namaku: "Hai Abu Said, engkau hairan terhadap aku yang sudah mati namun boleh tersenyum!Tidakkah engkau tahu bahawa wali-wali Allah itu sentiasa hidup di sisi-Nya. Sekalipun mereka telah mati, maka sebenarnya mereka itu sedang dipindahkan dari satu dunia ke dunia yang lain."

"Aku mendengar suara itu sangat terang dan jelas. Aku sangat hairan. Kemudian aku pun menguruskan mayat sehingga mayat itu dikuburkan padahal fikiranku masih terus-menerus kepadanya."

Cerita ini saya baca dalam sebuah buku Himpunan Hadis Modal Insan... Pengajaran yang saya perolehi daripada cerita ini adalah sekiranya kita ingin mati dalam keadaan tersenyum jadilah hamba Allah yang sentiasa bertakwa dan beriman kepada-Nya, InsyaAllah. Cerita ini sekadar saya ingin kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian sebagai teladan buat kita semua...


Saturday 9 April 2011

Dilema February 2011

Beberapa peristiwa tragis telah berlaku dlm hidup aku di bln February.... Peristiwa2 itu, membuatkan ak fobia dan berada di dlm dilema hgga ke hari ini...

3 February 2011
Aku telah terlibat dlm suatu kemalangan kecil tp amat memberi kesan mendalam dlm diriku... Kmlgn tersebut itu berlaku ketika dlm perjalanan blk dari majlis kahwin kawan kakak aku.. Kakak aku meninggalkan keretanya di Parking Laman Cankat Jering dan kami menumpang kereta kwnnya utk ke rumah kenduri kerana keretanya kosong saja. Semasa dlm perjalanan blk, kami telah terlibat dlm kmlgn dengan sebuah kereta lain... Ak pada masa hampir terlena kerana masih dlm mood kekenyangan.. haha.. Tiba-tiba ak terdengar kakak ak menjerit dan terkejut dgn brek yang bunyinya sgt kuat... Ak yang ak nampak kereta yang kami naiki dh nk menghentam belakang kereta yang berada di hdpn kami... Saat dentuman berbunyi ak hanya mampu memejam mata rapat2 dan mengucap saja.. Ak rasakan bagai nyawa ak dh melayang pada saat itu.. Nasib baik jugak semasa kejadian tiada kenderaan lain yang lalu-lalang.. Mungkin peristiwa tu lbh truk klu melibatkan bnyk pihak. Tapi Alhamdulillah, cuma kereta saja yg cedera dan org2 di dlmnya x jd apa2... Kereta yg dilanggar jugak xdak kesan apa2... Mmg satu keajaiban tlh berlaku, kerana ak sendiri dpt merasakan dentuman yg sgt kuat, tp kami semua selamat.. Dari cerita kwn akak ak dan dia sendiri, diaorg kata keretanya yg dihemtam tu dlm keadaan terhuyung-hayang dan nk memasuki simpang tanpa memberi lampu signal sbb tu lah kwn akak ak xdpt mengelak kerana tgh laju dan trus meghentam kereta tersebut.. Apa yang menyedihkan pemandu kereta yg kami langgar langsung xrasa bersalah tmbah memarahi kwn akak ak yg drive tu pulak.. Mmg la klu diikutkan kereta yg langgar belakang yg salah, tp dlm hal ni ak rasa kedua2 pihak yg salah, bkn kami saja yang salah.. Lepas tu pemandu tersebut trus blah dari situ dalam keadaan kelam-kabut tanpa apa2 penyelesaian. Oleh sebab pemandu tu org yg dh berusia, km terpaksa mengalah oleh kerana rasa hormat terhadap org tua.. Pada yg sama jgk bnyk ak melihat kmgln berlaku, mungkin jgk sebab jln yg sesak pd hari Raya Cina.. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan ak pada hari itu... Sehingga ke hari ini akan masih terbayangkan peristiwa tragis itu... Inilah kali pertama ak terlibat dlm kemalangan yang melibatkan kereta...

22 February 2011
Peristiwa ini jgk berlaku ketika ak dlm kereta jgk... Kali ni ak bersama2 3 org kawan dalam perjalanan pulang dari A. Setar. Setelah selesai sesi temu-ramah dengan seorang pemilik butik, kami terus ke masjid Al- Bukhary utk menunaikan solat Asar. Memandangkan waktu Maghrib pada masa agak lambat ak mengambil keputusan utk trus blk ke UUM sblm maghrib.. Lbh kurang jam 7.45 mlm dan hanya beberapa km lg nk smpi UUM kereta yang kami naiki tiba2 hampir2 terbabas. Padahal masa jln begitu lengang. Bagai nak luruh jantung ak bila tiba2 kereta yang kwn ak drive tu mcm hlg kawalan.. W/pon ak ttp bersyukur kerana kwn ak masih dpt mengawal blk kereta tu.. Punca kami nk terbabas adalah kwn ak yang drive tu nampak seolah2 ada orang nk melintas jln, padahal kami yang berada dlm kereta tu xnmpk apa2 pon... Mungkin inilah ujian sekiranya kita memandu di waktu maghrib.. Lepas dia cerita apa yang dia nmpk tu, ak trus berasa seram sejuk satu bdn dan hanya mampu berdoa semoga selamat smpi ke UUM.. Ak tiba di DPP EON tepat pkul 8 mlm dlm keadaan yg masih shock.. Ak trus membersihkan diri dan manunaikan solat maghrib.. Bkn hanya ak saja yg fobia sbb peristiwa ini, malah kwn2 ak jgk masih terbayang-bayang peristiwa ngeri ini, terutamanya si driver tu la.. Peristiwa ni sedikit sebanyak memberi ak pengajaran spy lps ni klu nk truskan perjalanan tggulah hgga selepas maghrib w/pon waktunya masih panjang.

Bayangkan dalam bln yang sama ak terlibat dlm 2 kejadian yang tragis.. Sehingga ak terfikir adakah kejadian2 itu tanda2 ajal ak sdh dekat. Ak sgt tkt dan risau apabila memikirkan saat kematian. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur aku sehingga hari ini utk meneruskan sisa hidupku di dunia yang sementara ini. Aku mengambil masa yang agak lama jgk untuk memulihkan semangat aku utk truskan perjalanan hidupku. W/pun semangat aku telah kembali sedikit demi sedikit, namun tragedi2 tersebut masih melekat dalam kotak fikiran ku sehingga hari ini.. Aku berharap xdak lagi tragedi2 tragis seperti ini berlaku dlm waktu yang singkat ini. W/bagaimanapun, sekiranya Allah mahu trus menguji keimanan dan kesabaranku, InsyaAllah akan cuba menerimanya dgn redha dan lbh tabah.. Aku xkan membiarkan fobia dan dilema ini terus melemahkan perjuangan hidupku utk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat sana... Ak jgk masih mampu tersenyum w/pn mcm2 dugaan yang telah ak hadapi... (^_^)

MENANTI RAMADHAN YANG BAKAL MENJELANG TIBA BEBERAPA BULAN LAGI....

Assalamualaikum semua.... Tak sabar ak menunggu Ramadhan kembali. Aku b'hrp kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna buatku dan jg sahabat2 sekalian... Yang paling best, adalah taun ni ak bleh menyambut kedatangan bln Al-Mubarak ni bersama2 family tersayang. Ak xperlu lg menunggu2 cuti utk bersahur dan berbuka bersama2 family ak, terutamanya mak abah tersyang... Kali ni akan berada di rumah disepanjang bln Ramadhan, InsyaAllah... Syukur sgt2...


Harap2 Ramadhan bulan Ramadhan kali ni jgk aku dpt tolong abg aku berniaga kt bazar Ramadhan... Biasanya dia akan jual buah tembikai, air soya dan buah2an lain la ikut buah apa yg ada pada musim tu..Utk sebelum ak hnya sempat tolong time dh akhir2 ramadhan ja sbb xde cuti...  Tapi tahun ni aku ada kt umah... hehe... Tu pun klu aku xdpt keja part time la time cuti 4 bln nnt.. tp aku selalunya p lambat sikit la sbb nak tolong mak aku masak kt umah dulu... Berniaga kt bazar ni mmg best... Macam2 ragam org kita bleh tgk... Lg best bla jualan kita laris lg la semangat... lagu satu klu kita nak berniaga ni xleh malu2, kita kne pandai ambik hati pelanggan... Biasa klu kakak2 aku da sekali kt situ mmg meriah ar... Mulut mcm bertih jagung nak menarik pelanggan...  Anak buah aku yang kecik tu pon klu bleh tiap2 ari nak ikut p berniaga... Kdg2 sampai tertido dia kt situ... mmg kelakar klu ingat blk... hehehe... Kenangan2 tu aku masih smpi hari ni, mmg best...


 Dan yang paling penting, harap2 Ramadhan yang akan tiba tidak lama lg ni, akan lbh mengajarku erti kesabaran n juga keikhlasan... Ramadhan juga adalah bln utk kita memperbaiki diri kita di samping kita membuat amal ibadah... Di bln Ramadhan jgk kita digalakkan berjimat cermat, bknnya berbelanja lbh besar... Ak jgk berhrp dpt mengawal nafsu berbelanja ak... Semoga harapanku ini akan tercapai dgn jayanya... hehehe...




Semoga ak dipanjangkan umur utk menyambut kedatangan Ramadahan yang bkl menjelma tdk lama lg... Amin...

Friday 8 April 2011

Coretan Pertama Aku.....

Assalamualaikum.... Sebenaqnya ak xtau nk tulis apa pon kt sini.... saja2 buat blog ni... mlm ni rasa boring la plak... so, ak amik peluang utk merapu-rapan kt sini... hari ni ramai giler yang asyik sebut pasal buah durian... ak pon dh kempunan giler nk mkn durian... mak ak pon asyik tnya bla nk blk... lg2 la bertambah rindu ak nk blk... x sabar rasanya nk tggu hjg bln ni... akak ak smua dh blk n bleh mkn buah durian, ak sorang je blom dpt mersa buah durian lg... tp xpe... ak akan pastikan 2 mggu lagi ak dpt mkn jgk buah durian... hahahaha.... sekian, utk coretan pertamaku... senyum2lah selalu yer???