Saturday, 21 May 2011

Last Day For Sem 4 at UUM

Assalamualaikum readers.... 

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat UUM utk sem 4 ni...Gembira tidak terkata bila dah abis exam ni... MERDEKA3!!! tp utk sem ni jela... hehe...

Yang paling best xsabar  aku nak tggu my family dtg ambik... Kali ni aku xpayah usung beg berat2 turun naik bas... Penat oooo usung beg turun  naik bas... Sampai2 umah mesti terlentang atas katil dulu r... haha... Tp barang aku mmg bnyk giler kali ni... Kalau xmuat keta t jenoh la aku... T xpasal2 kena membebel ngan mak aku... huhuhu... 

Rasa sayu plak hati ni nak berpisah ngan member2 baik aku kt sini... Tp xpe, orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan... Perpisahan ni sementara ja kot, InsyaAllah. Hope kita berjumpa lagi sem dpn...Tp apa2 pon aku mmg enjoy bla bersama2 ngan best friends aku kt sini... Korang mmg terbaekk r... Love u all...Dkt 4 bulan tu agak lama jgk la klu nak ikutkan... Klu rindu2 tu contact la aku ye...haha... Nak buat apa xtau la masa cuti panjang ni... Hope ade la keja berfaedah yg aku bleh buat... Klu xda keja nmpk gayanya jd suri rumah tangga la sepenuh masa... Mesti boring giler... Xda2, aku mesti keja... Nak kumpul wet utk masa depan... wakakaka...

Selama 4 sem aku kt sini mcm2 kenangan manis n pahit yang dah aku lalui... Kenangan manis akan aku kunci rapat2 dlm kotak ingatan aku sampai bila2 n kenangan pahit akan aku jdkan pengajaran supaya banana not fruit two times... Aku jgk berharap result exam aku utk sem ni lbh baik dri sebelom2 ni la... Aku dh cuba buat yang terbaik, sekarang aku hny mampu berdoa n tawakal je la...  Tapi apa yang penting semua tugasan aku utk sem ni dah bereh....

Kepada kwn2 aku yg masih blom abis exam tu, truskan perjuangan anda yup.... Chayok2!!! Study Smart ok??? DO the BEST!!! Hati2 dlm perjalanan blk kmpg nnt yea...

Akhir kata, selamat bercuti dan aku nak ucap jugak selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak serta Selamat Hari Raya Aidil Fitri w/pon beberapa bulan lg akan tiba kpd semua kwn2 tersayang... hehe..

Sekian... Wassalam.....  (^_^)













Friday, 20 May 2011

~~~TANPAMU -SABHI SADDHI &HELENA~~~


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Thursday, 19 May 2011

Cinta.... Apa itu cinta???

Orang kata cinta itu setia,                                           
cinta buat kita rasa gembira,
cinta buat kita rasa begitu berharga.
Namun cinta juga buat kita terluka, 
cinta buat kita terseksa, 
cinta buat kita derita, 
dan cinta buat kita berduka....

Cinta yang terbit dari mulut 
kadangkala hanyalah sandiwara.
Cinta yang tulus dan ihkhlas adalah
cinta yang terbit dari hati mulia dan rela,
Kerna ucapan cinta di mulut manis bak gula2,
Namun dalam hati cinta itu bak racun yang sgt berbisa....
Itulah yang dinamakan cinta antara manusia...

Jangan pernah melafazkan cinta
kalau diri rasa tak rela,
kalau hanya berpura-pura, 
kalau diri rasa terseksa, 
kalau hanya sekadar kata nista, 
Kerna kesannya begitu parah,
membuat sekeping hati terluka berdarah,
Semuanya angkara cinta palsu manusia....

Kerna cinta yang sejati dan abadi
adalah cinta kepada Ilahi...
Dengan cinta kepada-Nya 
kita akan dapat merasai kemanisan cinta, 
kita akan merasai kehebatan cinta, 
Dan akan merasai kebahagiaan yang tiada taranya... 


Ya Allah, 
sekiranya aku ditakdirkan jatuh cinta, 
temukanlah aku dengan jejaka yang mencintaiku kerana-Mu,
Kerna cinta yang ikhlas hanya kerana-Mu 
adalah cinta yang paling bermakna 
dan akan membawa ke jalan bahagia hingga ke syurga... 






Hasil Nukilan : Nor Azila Zainol
Aku insan yang lemah dalam bab percintaan.... 

Hak cipta terpelihara...
Tiada sebarang unsur ciplak dari mana2 karya pujangga ye.... 
 








 


















Tuesday, 17 May 2011

TABAH_ MAZLELA

Pertemuan ini Pertemuan Terakhir
Dari Dua Insan Yang Sedang Berkasih
Kerna Esok Hari Kita Tidak Lagi
Digelarkan Pasangan Bercinta
Sudah ku Menduga Kau Akan Berubah
Cuma Tunggu Masa Untuk Kau Meluah
Tapi Hari ini Terbukti Semuanya
Kau Pinta ku Melupakan Dirimu
Tak Apalah
ku Tak Kisah
Memang itu Keputusanmu
Memang itu Nasib Aku
Sering Terluka dan Jiwa Tersiksa
Korus
Biar Hitam Sejarah Hidupku
Namun aku Tetap Tabahkan Hati
Kesal Memang Kesal Hatiku Tercalar
Siapalah Yang Inginkan Perpisahan
Andai Suatu Hari Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
dan Kita Tidak Pernah Sengketa
Oh
Moga Engkau
Berbahagia
Di Sampingnya Yang Engkau Puja
Cuma Satu Yang aku Pinta
Undanglah aku Di Hari Bahagiamu

ADAKAH AKU AKAN MENGALAMINYA??? OOHH TIDAAAKKKK!!!!!!

PETUA UNTUK ELAK KEGUGURAN RAMBUT!!!



Rambut Gugur – Petua Nak Elak



Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambarbuahtembikaimerah


petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:
1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu. 


                                                   

                                SELAMAT MENCUBA!!!



                               


Xsangka Boleh Dapat No. 1

Ni lah esei yang aku menang dlm pertandingan esei yang dianjurkan oleh Cetma UUM taun lepas.... Esei pendek je... hehehe...

 
CIRI-CIRI PENSYARAH YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang baik merupakan satu aspek yang penting yang perlu diketahui dan dipraktikkan oleh pensyarah-pensyarah. Oleh itu, setiap pensyarah perlu mempunyai ciri-ciri sebagai pengajar atau pembimbing yang cemerlang dalam proses (P&P).Ciri-ciri pensyarah yang berkesan dalam proses (P&P) antaranya adalah mampu menarik minat dan memberi penjelasan yang jelas, memberi penilaian dan maklum balas yang sesuai, serta memberi kebebasan dan penglibatan aktif kepada pelajar. 

Ciri yang pertama perlu ada untuk menjadi pensyarah yang berkesan ialah mampu menarik minat dan memberi penjelasan yang jelas kepada para pelajar. Setiap pensyarah perlu memberi penjelasan yang jelas tentang subjek atau topik yang akan diajar dan dipelajari. Hal ini penting untuk menarik minat para pelajar terhadap apa yang akan mereka pelajari. Minat atau prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar terhadap subjek tertentu membuktikan bahawa pensyarah tersebut telah berjaya melaksanakan (P&P) dengan berkesan. Oleh yang demikian, ciri ini perlu dipraktikkan oleh semua pensyarah supaya matlamat (P&P) yang diharapkan akan tercapai.

Selain itu, seorang pensyarah yang berkesan juga perlu mampu memberi penilaian dan maklum balas yang bersesuaian terhadap pelajar. Pensyarah mesti membuat penilaian dan maklum balas yang sewajarnya terhadap tugasan yang diberikan berdasarkan komitmen dan persembahan oleh ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berkenaan. Oleh itu, sebagai seorang pensyarah, penilaian dan maklum balas adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan dalam proses (P&P) kerana ia akan mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar. 

Ciri terakhir adalah memberi kebebasan dan penglibatan aktif kepada pelajar semasa proses (P&P). Kebebasan yang diberikan bukanlah bermaksud pelajar bebas membuat apa sahaja semasa kuliah dijalankan tetapi kebebasan dari segi kebebasan bersuara atau cara tugasan dilaksanakan. Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif semasa (P&P) juga merupakan satu langkah yang wajar kerana pensyarah dapat meninjau tahap pemahaman pelajar terhadap subjek atau topik berkenaan.

Kesimpulannya, terdapat banyak ciri-ciri positif yang wajar diamalkan oleh pensyarah-pensyarah dalam (P&P). Namun, ketiga-tiga ciri di atas merupakan ciri-ciri yang paling utama bagi seseorang pensyarah untuk mencapai matlamat mereka menjadi pensyarah yang berkesan dalam (P&P). Keberkesanan pangajaran seseorang pensyarah akan mempengaruhi dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran seseorang pelajar.


Thursday, 12 May 2011

MASIHKAH ADA KESEMPATAN BUATKU???

Assalamualiakum readers... Aku cuma nak kongsi dilema dlm diriku skrang ni... Blog aku ni lah tempat aku meluahkan perasaanku yg gundah gulana ni....Masihkah sempat aku.......


Menelaah buku n m'hafal nota2 utk paper final exam yang berturut2 ni dr 14,15, n 16 hb ni??? Aku sgt2 risau tkt xsempat membaca semuanya... Ketiga2 paper ni plak semuanya perlukan pembacaan xde pengiraan langsung.... Perghhh.... Mmg berasap la kepala otak aku nanti jwb exam... Skrang ni bru abis baca 1 subjek lg 2 xabis lagi... Pening2... xtau nak baca yang mana satu ni.... Masa plak dh agak kesuntukan.... Aku harap sgt bleh hbskan dlm masa yg sgt suntuk nih... Time is very gold 4 me now..... huhuhu...


Main problemnya adalah bila bkk ja nota dh mula menguap... klu online xde plak nk menguap... Geram betul aku... Camna yer nak buat bg x ngantuk bila nk study???Klu online smpi 2 3 pg pon mata ttp segar tapiiii klu study max 2 jam je bleh tahan.... Dugaan betol la... 


Walau mcm mana pon aku ttp kne struggle utk ketiga2 paper ni... Aku mesti buat sebaik mungkin... Aku mesti lawan rasa mls dan mengantuk ni... Aku xkan mengalah sebelum berjuang... Semangat3!!!! Motivasi kendiri...hehe...


Aku amat berharap kesempatan masih ada untuk aku.........