Saturday 16 April 2011

Suri Teladan ~SENYUM~

Terdapat satu cerita yang diriwayatkan daripada salah seorang sahabat besar Syeikh Abu Said al-Khudri r.a. beliau berkata: "Suatu masa ketika berada di Kota Makkah, aku melalui pintu Bani Syaibah dan aku melihat ada seorang pemuda yang manis wajahnya, tetapi terbaring di atas tanah. Aku pegang badannnya dan aku dapati dia sudah meninggal dunia., tetapi dia senyum. Aku hairan bagaimana orang sudah mati boleh tersenyum."


Kemudian terdengar dia memanggil namaku: "Hai Abu Said, engkau hairan terhadap aku yang sudah mati namun boleh tersenyum!Tidakkah engkau tahu bahawa wali-wali Allah itu sentiasa hidup di sisi-Nya. Sekalipun mereka telah mati, maka sebenarnya mereka itu sedang dipindahkan dari satu dunia ke dunia yang lain."

"Aku mendengar suara itu sangat terang dan jelas. Aku sangat hairan. Kemudian aku pun menguruskan mayat sehingga mayat itu dikuburkan padahal fikiranku masih terus-menerus kepadanya."

Cerita ini saya baca dalam sebuah buku Himpunan Hadis Modal Insan... Pengajaran yang saya perolehi daripada cerita ini adalah sekiranya kita ingin mati dalam keadaan tersenyum jadilah hamba Allah yang sentiasa bertakwa dan beriman kepada-Nya, InsyaAllah. Cerita ini sekadar saya ingin kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian sebagai teladan buat kita semua...


2 comments:

  1. insyaAllah..hope kita semua tergolong dalam kalangan org2 yg beriman di sisi Allah..amin.. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... Sama2lah kita berdoa... Semoga doa2 kita dimakbulkan... Amin...

    ReplyDelete