Friday, 14 October 2011

~Penghulu Segala Hari~

    Keberkatan dan kelebihan hari Jumaat


Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
  • Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.


masjid02



Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011

Saturday, 25 June 2011

Hari Jumaat Yang Menggembirakan....

Assalamualaikum u'll.... Dah lama aku xmenjenguk blog aku ni... Maklumlah sibuk mencari rezeki... hehe...


Hari ni aku rasa syok sgt p keje... Nama company aku kerja, Shamisha Holiday... Ni aku nak cerciter la apa yg menggembirakan aku hari ni...  Hari ni aku naik motor berasingan dgn housemate aku sbb lps keja dia trus nak blk umah dia... Aku pg sabtu bru nak blk sbb bnyk baju x basuh... busy la katakan... Aku msk kerja pukul 8.30 pagi... Lepas sampai ofis mcm biasa la, kami akan sarapan dulu... Pagi td kami sarapan nasik lemak ayam msk hitam, sedap la jgk... Mkn pon laju2 je sbb dh dkt kul 9 pg tkt bos bising plak... Then, mcm biasa la, aku meneruskan kerja rutin aku iaitu key in akaun... Semakin lama semakin mencabar tugas yg aku dpt... Mmg kena berhati2 la key tkt2 tersilap, naya aku... Sedar x sedar jam dh dkt 12.30 pm... So, kwn2 kt pjbt pon tanya la bos atau nama glamor yg kami panggil kak sya, bila nk g tgk anak kak ida (staf yg bru bersalin)... Sebenarnya kmi rancang nk pergi ari rabu lg, tp baby kena tahan wad plak sbb kuning... So, kami tunggu la ari jumaat... Mula2 kami pakat bincang la nk g naik apa... Ada yg kata naik bas, ada yg kata naik van n ada yg kata naik kereta... Then, kata sepakat dicapai, kami g dgn sebuah kereta n sebuah van... Bos pon offer diri nak bwk van... Bos pon excited nk tgk baby...  Kami semua orait je la... haha...


Pukul 12.30 pm kami pon bersiap sedia nak kuar... Cepat2 kami tutup ofis, tkt ada org dtg sbb rehat sebenarnya pukul 1... Aku dgn kawan2  yg naik van pon tercanguk la kejap dpn ofis sementara tggu bos ambik... Lbh kurang 10 minit, bos pon smpi...  Teruja betol tgk bos @ kak sya bwk van persiaran baru, plastik pon xbuang lagi... Cayalah..Best jgk dpt naik van ramai2 mcm tu... bleh tahan la bos drive van, bdn kecik je tp bwk van steady je.. Mmg kecoh la masa dlm van tu... Semua yg naik van termsk bos 10 org, 5 org lagi naik kereta... Yang xtahannya, semua org tgk pelik je kami naik van tu maybe sbb semua perempuan kot, van bru plak tu... 


Sampai kt karangan kami singgah mkn nasik ayam... kali ni bos belanja, aku apa lagi tersenyum lebar n berbunga2 la hati ni... Jimat bajet aku arini... Bkn selalu nk mkn org belanja... Lepas mkn kami trus ke rumah kak ida... Dalam 10 minit kemudian kami pon smpi... Masuk je rumah dia, kami trus g tgk baby dia... Comel!!! Ramai yg ambik pegang, tp aku xbrani pegang sbb baby tu kecik lg... hahaha... Pastu mak kak ida hidang durian n manggis ape lagi... Mmg melanatak abis la kami... Smpi abis semua la buah yg dihidangkan... dahsyat kan???Lepas tu, mak dia g kait rambutan plak, tp dh xbis la  kali sbb msg2 dh kekenyangan... Lepas sembang2, kami pon mntk la diri nk blk ofis sbb dh dkt pkul 3 ptg dh.. Makcik tu pon bg wak blk rambutan yg lbh tu n 2 bijik durian tuk 2 org kwn kami yg xdpt g... Kesian plak katanya... Kami pon berangkat pulang ke ofis utk meneruskan keja2 yg masih berlambak2 lg tu.. Sampai2 ofis, semua pakat kata xlarat n panas coze melantak bnyk sgt buah durian tu... Tapi nak xnak kena buat jgk  la... 


Masa hari ni rasa cepat sgt, tgk2 jam dh dkt kul 6 ptg... Aku pon apa lagi cepat2 siapkan kerja aku n berkemas utk blk... Lepas loceng jam punch card bunyi aku pon trus g punch card n then, start motor blk umah sewa... Esk pagi bru blk umah kt mahang.... 


Penat tapi happy!!!! Asyik mkn je hari ni...  Hope hari2 seterusnya pon mcm hari  ni jgk... Ni ja yg aku nak cerciter tuk mlm ni... Selamat membaca!!! 


Assalamualaikum....








Saturday, 21 May 2011

Last Day For Sem 4 at UUM

Assalamualaikum readers.... 

Hari ni merupakan hari terakhir aku kat UUM utk sem 4 ni...Gembira tidak terkata bila dah abis exam ni... MERDEKA3!!! tp utk sem ni jela... hehe...

Yang paling best xsabar  aku nak tggu my family dtg ambik... Kali ni aku xpayah usung beg berat2 turun naik bas... Penat oooo usung beg turun  naik bas... Sampai2 umah mesti terlentang atas katil dulu r... haha... Tp barang aku mmg bnyk giler kali ni... Kalau xmuat keta t jenoh la aku... T xpasal2 kena membebel ngan mak aku... huhuhu... 

Rasa sayu plak hati ni nak berpisah ngan member2 baik aku kt sini... Tp xpe, orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan... Perpisahan ni sementara ja kot, InsyaAllah. Hope kita berjumpa lagi sem dpn...Tp apa2 pon aku mmg enjoy bla bersama2 ngan best friends aku kt sini... Korang mmg terbaekk r... Love u all...Dkt 4 bulan tu agak lama jgk la klu nak ikutkan... Klu rindu2 tu contact la aku ye...haha... Nak buat apa xtau la masa cuti panjang ni... Hope ade la keja berfaedah yg aku bleh buat... Klu xda keja nmpk gayanya jd suri rumah tangga la sepenuh masa... Mesti boring giler... Xda2, aku mesti keja... Nak kumpul wet utk masa depan... wakakaka...

Selama 4 sem aku kt sini mcm2 kenangan manis n pahit yang dah aku lalui... Kenangan manis akan aku kunci rapat2 dlm kotak ingatan aku sampai bila2 n kenangan pahit akan aku jdkan pengajaran supaya banana not fruit two times... Aku jgk berharap result exam aku utk sem ni lbh baik dri sebelom2 ni la... Aku dh cuba buat yang terbaik, sekarang aku hny mampu berdoa n tawakal je la...  Tapi apa yang penting semua tugasan aku utk sem ni dah bereh....

Kepada kwn2 aku yg masih blom abis exam tu, truskan perjuangan anda yup.... Chayok2!!! Study Smart ok??? DO the BEST!!! Hati2 dlm perjalanan blk kmpg nnt yea...

Akhir kata, selamat bercuti dan aku nak ucap jugak selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak serta Selamat Hari Raya Aidil Fitri w/pon beberapa bulan lg akan tiba kpd semua kwn2 tersayang... hehe..

Sekian... Wassalam.....  (^_^)













Friday, 20 May 2011

~~~TANPAMU -SABHI SADDHI &HELENA~~~


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Thursday, 19 May 2011

Cinta.... Apa itu cinta???

Orang kata cinta itu setia,                                           
cinta buat kita rasa gembira,
cinta buat kita rasa begitu berharga.
Namun cinta juga buat kita terluka, 
cinta buat kita terseksa, 
cinta buat kita derita, 
dan cinta buat kita berduka....

Cinta yang terbit dari mulut 
kadangkala hanyalah sandiwara.
Cinta yang tulus dan ihkhlas adalah
cinta yang terbit dari hati mulia dan rela,
Kerna ucapan cinta di mulut manis bak gula2,
Namun dalam hati cinta itu bak racun yang sgt berbisa....
Itulah yang dinamakan cinta antara manusia...

Jangan pernah melafazkan cinta
kalau diri rasa tak rela,
kalau hanya berpura-pura, 
kalau diri rasa terseksa, 
kalau hanya sekadar kata nista, 
Kerna kesannya begitu parah,
membuat sekeping hati terluka berdarah,
Semuanya angkara cinta palsu manusia....

Kerna cinta yang sejati dan abadi
adalah cinta kepada Ilahi...
Dengan cinta kepada-Nya 
kita akan dapat merasai kemanisan cinta, 
kita akan merasai kehebatan cinta, 
Dan akan merasai kebahagiaan yang tiada taranya... 


Ya Allah, 
sekiranya aku ditakdirkan jatuh cinta, 
temukanlah aku dengan jejaka yang mencintaiku kerana-Mu,
Kerna cinta yang ikhlas hanya kerana-Mu 
adalah cinta yang paling bermakna 
dan akan membawa ke jalan bahagia hingga ke syurga... 






Hasil Nukilan : Nor Azila Zainol
Aku insan yang lemah dalam bab percintaan.... 

Hak cipta terpelihara...
Tiada sebarang unsur ciplak dari mana2 karya pujangga ye.... 
 








 


















Tuesday, 17 May 2011

TABAH_ MAZLELA

Pertemuan ini Pertemuan Terakhir
Dari Dua Insan Yang Sedang Berkasih
Kerna Esok Hari Kita Tidak Lagi
Digelarkan Pasangan Bercinta
Sudah ku Menduga Kau Akan Berubah
Cuma Tunggu Masa Untuk Kau Meluah
Tapi Hari ini Terbukti Semuanya
Kau Pinta ku Melupakan Dirimu
Tak Apalah
ku Tak Kisah
Memang itu Keputusanmu
Memang itu Nasib Aku
Sering Terluka dan Jiwa Tersiksa
Korus
Biar Hitam Sejarah Hidupku
Namun aku Tetap Tabahkan Hati
Kesal Memang Kesal Hatiku Tercalar
Siapalah Yang Inginkan Perpisahan
Andai Suatu Hari Ada Orang Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
Jawablah Bahawa Jodoh Kita Tiada
dan Kita Tidak Pernah Sengketa
Oh
Moga Engkau
Berbahagia
Di Sampingnya Yang Engkau Puja
Cuma Satu Yang aku Pinta
Undanglah aku Di Hari Bahagiamu

ADAKAH AKU AKAN MENGALAMINYA??? OOHH TIDAAAKKKK!!!!!!

PETUA UNTUK ELAK KEGUGURAN RAMBUT!!!



Rambut Gugur – Petua Nak Elak



Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambarbuahtembikaimerah


petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:
1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu. 


                                                   

                                SELAMAT MENCUBA!!!