Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua readers... Pada kesempatan ni saya nak kongsi beberapa tips yang saya baca dari satu akhbar tentang macam mana nak jadi pelajar cemerlang... Marilah sama2 kita renungkan beberapa tips atau petua kejayaan yang Allah S.W.T. titipkan dalam al-Quran pada permulaan surah al-Mukminun...
{1} Yakin, keimanan kepada Allah
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." (23:1)
Iman dan kejayaan disebut Allah dalam ayat sama. Iman adalah faktor
utama kejayaan, manakala keyakinan yang tinggi melahirkan sikap
positif.
utama kejayaan, manakala keyakinan yang tinggi melahirkan sikap
positif.
{2} Fokus, sepenuh Hati
"Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya."( 23:2)
Lakukanlah sesuatu perkara dalam satu-satu masa. Elak fikiran
melayang tidak tentu hala. Lakukan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
melayang tidak tentu hala. Lakukan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
{3} Utamakan apa yang lebih utama
"Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan
perkataan yang tidak berguna)."(23:3)
perkataan yang tidak berguna)."(23:3)
Kebiasaanya, dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh
tekanan,pelajar cemerlang berehat dan menenangkan minda dengan
hiburan, menonton drama, bersembang di facebook dan seumpama-
tekanan,pelajar cemerlang berehat dan menenangkan minda dengan
hiburan, menonton drama, bersembang di facebook dan seumpama-
nya hingga selalu saja melebihi masa rehat yang diperuntukkan.
Sebaik-baiknya, optimumkan penggunaan masa belajar dan mengisi
masa rehat dengan perkara-perkara berfaedah seperti membasuh, atau
meggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah dalam
badan dan pelbagai lagi yang anda sendiri sedia maklum.
Selain itu, sebaik-baiknyagunakan masa rehat itu untuk berwuduk,
melakukan solat sunat, dan membaca al-Quran.
melakukan solat sunat, dan membaca al-Quran.
InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah ia banyak membantu
kita dalam mengulang kaji pelajaran.
kita dalam mengulang kaji pelajaran.
{4} Prihatin sesama kita
"Dan orang-orang yang menunaikan zakat".(23:4)
Walaupun berada pada saat genting, janganlah bersikap terlalu
mementingkan diri dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah
sekeliling kita.
mementingkan diri dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah
sekeliling kita.
Kongsi apa yang termampu sama ada ilmu, kertas soalan tahun lalu
dan lain-lain lagi.
dan lain-lain lagi.
{5} Jaga hubungan lelaki dan perempuan
" Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-
isteri mereka, atau hamba mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba)
dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka
itulah orang-orang yang melampaui batas." (23:5,6,7)
isteri mereka, atau hamba mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba)
dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka
itulah orang-orang yang melampaui batas." (23:5,6,7)
Janganlah kita gunakan alasan belajar untuk melanggar batas pergaulan
lelaki dan perempuan.
lelaki dan perempuan.
Misalnya, belajar berdua-duaan dan kemudian pulang ke rumah berpimpin
tangan atau 'bergayut' dengan teman lelaki ataupun perempuan.
tangan atau 'bergayut' dengan teman lelaki ataupun perempuan.
Walhal Allah sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong
jika kita mencari dan meminta kepada-Nya.
jika kita mencari dan meminta kepada-Nya.
{6} Jujur, amanah
" Dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya." (23:8)
Bukankah kita sudah berjanji dengan penaja dan ibu bapa untuk belajar
bersungguh-sungguh.???
bersungguh-sungguh.???
Lebih penting, kita juga berjanji dengan Allah untuk memanfaatkan
peluang kehidupan sebagaiseorang pelajar untuk mencari ilmu,
pengalaman, dan pahala buat bekalan di akhirat.
peluang kehidupan sebagaiseorang pelajar untuk mencari ilmu,
pengalaman, dan pahala buat bekalan di akhirat.
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta
kita berhenti menulis keranamasa sudah tamat, jangan kita terus
menulis.
kita berhenti menulis keranamasa sudah tamat, jangan kita terus
menulis.
Sebaliknya, sebutlah, "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula
quwwata illa billahil 'azim".
{7} Tepati waktu
" Dan orang-orang yang memelihara solatnya." (23:9)
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan pelajar muslim
ialah sentiasa belajar denganberdisiplin, menepati masa, tidak
berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti.
ialah sentiasa belajar denganberdisiplin, menepati masa, tidak
berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti.
Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat
masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan dalam
peperiksaan seawal mungkin, termasuk memelihara solat lima waktu,
dan jauhi sifat putus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan.
masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuangan dalam
peperiksaan seawal mungkin, termasuk memelihara solat lima waktu,
dan jauhi sifat putus asa atau berpatah arang di pertengahan jalan.
Namun, janganlah hanya mengaplikasikan konsep ini untuk akademik
semata-mata.
semata-mata.
Ayat itu menekankan supaya kita menjaga hubungan dengan Allah
kerana kita akan kembali kepada-Nya dengan amal kita dan bukan
dengan berapa gulung ijazah yang hanya alat untuk kita mencapai
kerana kita akan kembali kepada-Nya dengan amal kita dan bukan
dengan berapa gulung ijazah yang hanya alat untuk kita mencapai
keredhaan Allah.
TERASA BETAPA KERDILNYA DIRI AKU DI SISI ALLAH S.W.T.
SEMOGA SEGALA ILMU DAN USAHA AKU AKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ALLAH S.W.T
PETUA-PETUA INI SANGATLAH BERGUNA BUAT KITA YANG BAKAL MENGHADAPI